Mercinews

Asia Pasifik

Viral! murid sekolah nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin

Viral! murid sekolah nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin

Mercinews.comViral di media sosial video yang memaparkan murid di dalam sebuah kelas menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah yang mengubah lirik lagu kebangsaan itu dengan sewenang-wenangnya.

Sedangkan umum tahu bahawa lagu kebangsaan tidak boleh digubah sesuka hati dan berdasarkan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, tindakan seperti itu boleh menyebabkan pihak berkenaan didakwa di mahkamah kerana tidak menghormati lagu Negaraku merupakan lagu nasional negara Malaysia,

Posted by Sahrin Bakron on Thursday, 5 December 2019

Akta tersebut diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pihak sekolah terbabit yang dipercayai sekolah vernakular yang dilihat cuba merosakkan lagu kebangsaan.

Baca juga:  Malaysia Sita 1,2 Ton Sabu dari Myanmar, senilai 71 juta ringgit Terbesar dalam Sejarah
Baca juga:  Rambo: Saya tak Melanggar Hukum, Usut Pria Bersebu

Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak sekolah yang jelas sekali biadab dan mencabar undang-undang di negara ini.

[m/]

Sumber: cempedakcheese

Comments