Selama 5 Bulan Operasi PATI di Malaysia 19 Ribu Orang ditangkap Hingga Saat ini

Kuala Lumpur, Mercinews.com — Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 19,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara setakat lima bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata jumlah tangkapan tersebut adalah berdasarkan tindakan tanpa kompromi yang dilakukan JIM bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara tidak diceroboh.

“Antara contoh PATI yang ditahan ialah kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan permit pelancong atau belajar untuk masuk ke Malaysia tetapi menjadi pekerja secara haram terutama di rumah urut, sarang pelacuran dan pelayan.

“Selain itu warga asing yang telah melarikan diri dengan majikan asalnya turut akan diburu pihak kami walaupun pada mulanya mereka mempunyai permit kerja yang sah namun apabila mereka melarikan diri, majikan perlu cepat melaporkan kepada pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ar Raudhah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport JIM Datuk Mohd Zulfikar Ahmad,

  • 238
    Shares
Berikan Komentar

Mercinews.com - Situs Media Online berita terbaru hari ini, memberikan akses informasi secara mudah, cepat, akurat, dan berkualitas kepada masyarakat luas.

Copyright © 2018 Mercinews.com. All Rights Reserved